Thursday, June 25, 2009
Kursus membina blog
Hari ini aku mengikuti kursus membina blog untuk guru cemerlang daerah Kuala Kangsar. Banyak yang aku belajar hari ini daripada sifu, Tn. Hj. Adnan. Terima kasih kepa Tn. Hj. Shamsuddin (PPD) kerana merealisasikan idea membina blog, kepada Raus yang meminjamkan broad band, kepada kawan-kawan lain. Thanks a lot.
Wednesday, June 24, 2009
Sebuah puisi sebuah cinta
Dulu aku pernah bertanya,
ke manakah arah tuju hidup ini,
penuh kelam,
senak dengan duri dan onak,
sebu dengan harapan yang punah,
Tiada warna pelangi,
Menghias langit dunia,
Titis-titis air terkumpul,
Menjadi titis-titis air mata yang jatuh berderai,
membasahi pipi,
Dan kini,
Arah itu kian tampak jelas,
Sejelas imej di skrin putih dengan rona-rona pelangi,
Cantik, manis,
Di sini aku duduk,
Menganyam manik-manik cinta,
Mengikat manik-manik sayang,
Pada anak-anak
yang duduk terpaku'
Menanti
Butir-butir kata yang bakal disampai sang guru,
Di situ aku,
Mengusap lembut kasih itu,
Mengulit mesra anak-anak ini,
Untuk dijelmakan sebagai anak-anak pembina bangsa.
ke manakah arah tuju hidup ini,
penuh kelam,
senak dengan duri dan onak,
sebu dengan harapan yang punah,
Tiada warna pelangi,
Menghias langit dunia,
Titis-titis air terkumpul,
Menjadi titis-titis air mata yang jatuh berderai,
membasahi pipi,
Dan kini,
Arah itu kian tampak jelas,
Sejelas imej di skrin putih dengan rona-rona pelangi,
Cantik, manis,
Di sini aku duduk,
Menganyam manik-manik cinta,
Mengikat manik-manik sayang,
Pada anak-anak
yang duduk terpaku'
Menanti
Butir-butir kata yang bakal disampai sang guru,
Di situ aku,
Mengusap lembut kasih itu,
Mengulit mesra anak-anak ini,
Untuk dijelmakan sebagai anak-anak pembina bangsa.
Salam pengenalan
Subscribe to:
Posts (Atom)