Thursday, October 21, 2010

Bagaimana cara belajar Biologi secara berkesan??

1. Guna gambarajah, pada gambarajah tersebut buatkan nota-nota ringkas untuk memudahkan kita menggunakannya sebagai kata kunci

2. Jika ingin mengingati proses-proses yang berlaku, lukiskan carta alir yang sesuai.

3. Gabungjalin carta alir dan gambarajah apabila anda telah menguasai kedua-duanya.

4. Hayati dan bayangkan apa yang anda pelajari bagaikan ianya berlaku dalam diri anda. Imaginasi yang kuat boleh membantu anda mengingati dan memahami proses-proses dalam mata pelajaran Biologi.

5. Belajar dengan cara memerhati setiap perkara yang berlaku di luar atau di sekeliling anda. Sebagai contohnya jika anda memerhati daun rambutan yang sedang bergerak kerana ditiup angin, anda boleh memerhatikan permukaan daun tersebut berkilat atau tidak, apakah proses yang sedang berlaku, bagaimana ia berlaku, apakah kesannya kepada pokok tersebut, apakah faktor yang boleh mempengaruhi kadar berlakunya proses-proses tersebut dan lain-lain yang berkaitan.

6. Buat rumusan apa yang anda telah pelajari / telah dibaca. Rumusan boleh meningkatkan kefahaman dan daya ingatan anda.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment