Sunday, December 12, 2010

Masa....

Aku selalu bertanya pada diri, apakah masa? Kenapa ia begitu berharga? Kenapa, kenapa dan kenapa? Aku melihat jam di dinding. Jarum paanjang dan jarum pendek bergerak perlahan begitu tertib, ada irama di sana. Aku melihat di belakang jarum-jarum itu ada pelbagai peristiwa, ada pelbagai cerita yang sedang berlaku, telah berlaku dan akan berlaku! Malah jam di dinding juga se akan memberitahu aku tentang manusia dan persekitarannya, aku melihat ada manusia yang bijak dan ceria. Mereka pandai mengurus diri, bijak merancang dan mengendali pelbagai aktiviti, dan senyumna sentiasa terukir. Tetapi ada pula manusia yang bijak tetapi muram. Semua bagus, semua best tetapi tak pernah mengukir senyuman walau sekali. Jenis apakah manusia ini? Adakah mereka ini bahagia? Adakah mereka ini puas ? Adakah mereka ini takut pada kemungkinan-kemungkinan yang bakal tiba? Entah , aku sukar memberi jawapan, tetapi yang pasti aku suka pada kumpulan pertama, bijak dan suka tersenyum. Bagaimana pulak dengan kumpulan menusia yang ini, kurang bijak tetapi ceria selalu atau kurang bijak tetapi

Monday, October 25, 2010

Hari-hari yang berlalu,
Membawa bermacam cerita,
Duka dan lara,
Tawa dan ceria,

Manusia seakan lupa pada Yang Esa,
Seakan merekalah raja yang memerintah segala,
Merekalah presiden yang menjadi kepala,
pada segala maarof mahupun mungkar,

Dan aku,
Melihat ke dalam diri,
Mencari....
Mereflek diri.....
Siapakah aku???
Di kehujungan sana...
Aku seakan melihat diri aku yang sangat kerdil,
Jika virus itu hanya terlihat menggunakan mikroskop canggih ,
Kalau bakteria tidak terlihatpun kelibatnya ...
Jika menggunakan mikroskop cahaya....
Aku entah setara mana???
Tidak bakteria,
Tidak juga virus....

Ya Allah...
Berikanlah kepada ku kekuatan,
Berikanlah kepada ku ketabahan,
Tunjukki jalan yang lurus,
Jalan yang telah Engkau tunjukkan kepada orang beriman sebelum ku.
Jauhi lah aku daripada mereka-mereka yang zalim.
Ya Allah, jika bakteria malah virus berguna kepada sejagat,
Aku mohon supaya hidupku memberi makna kepada semua,
Aku mohon kepada Mu, ya Allah..
Moga hidup ku bermanafaat kepada penghuni dunia,
Moga aku dapat menjadi pelita yang boleh menerangi hidup orang lain,
Moga aku dapat menjadi penunjuk jalan untuk yang hilang pedoman,
Moga aku dapat membantu membina generasi peneraju alam.

Ameen Rabbul'alamin

Thursday, October 21, 2010

Bagaimana cara belajar Biologi secara berkesan??

1. Guna gambarajah, pada gambarajah tersebut buatkan nota-nota ringkas untuk memudahkan kita menggunakannya sebagai kata kunci

2. Jika ingin mengingati proses-proses yang berlaku, lukiskan carta alir yang sesuai.

3. Gabungjalin carta alir dan gambarajah apabila anda telah menguasai kedua-duanya.

4. Hayati dan bayangkan apa yang anda pelajari bagaikan ianya berlaku dalam diri anda. Imaginasi yang kuat boleh membantu anda mengingati dan memahami proses-proses dalam mata pelajaran Biologi.

5. Belajar dengan cara memerhati setiap perkara yang berlaku di luar atau di sekeliling anda. Sebagai contohnya jika anda memerhati daun rambutan yang sedang bergerak kerana ditiup angin, anda boleh memerhatikan permukaan daun tersebut berkilat atau tidak, apakah proses yang sedang berlaku, bagaimana ia berlaku, apakah kesannya kepada pokok tersebut, apakah faktor yang boleh mempengaruhi kadar berlakunya proses-proses tersebut dan lain-lain yang berkaitan.

6. Buat rumusan apa yang anda telah pelajari / telah dibaca. Rumusan boleh meningkatkan kefahaman dan daya ingatan anda.

Selamat mencuba!

Monday, April 19, 2010

Mencari Diri.

Dibenak ku ada soalan,
Yang tak terjawab hingga semalam,
atau mungkin esok, atau mungkin lusa,

Aku mencari di mana itu hati,
Sedang dalam Biologi, hati itu adalah satu organ,
organ terbesar,
organ terpenting,
pusat metabolik badan,
Tapi aku mencari di mana hati.....
yang merasa duka dan lara?
Yang merasa bahgia pun kecewa.....
Yang diajak berbicara...
Yang bergolak bagai air dilautan luas,

Di manakah hati......?
Yang kekadang tersentuh oleh sindirnya teman-teman,
yang kekadang menjadi besar bila dipuji dan puja ?

Wednesday, April 14, 2010


Pengajaran Biologi sekarang amat sukar dilakukan kalau tanpa persediaan yang rapi. Sebagai guru Biologi, kita perlu sedar perkara ini. Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunapakai oleh rakan-rakan semua :-

i. buat sedikit kajian mengenai tajuk yang akan diajar
ii. kenal pasti pendekatan atau kaedah yang paling mudah tetapi berkesan untuk mengajar tajuk tersebut.
iii. kenal pasti pengetahuan sedia yang ada pada murid-murid kita.
iv. carilah / sediakan bahan bantu yang sesuai untuk pengajaran tersebut.
v. fikirkan dan sediakan soalan-soalan yang akan disoal kepada murid sama ada secara lisan atau bertulis.
vi. sediakan alat-alat yang perlu dibawa sama ke dalam kelas. Untuk set induksi, fikirkan bahan yang menarik perhatian murid untukdikaitakn dengan kandungan pelajaran nanti.
vii. bersedialah dari segi fizikal dan mental

Selamat mencuba.